GGGE
2153
TEKNOLOGI
PENDIDIKAN
Esei
Kumpulan
Disediakan
kepada :
Mejar
Mohd Jasmy bin Abd Rahman
Disediakan
oleh:
Su
Sieng Lee A133976
Cheoh
Jia Ming A134785
Ng
Sing Tee A134751
Kiew
Chiong Ung A134788
STRATEGI PENGAJARAN INTEGRASI
TEKNOLOGI DAN MEDIA
1.0
Pendahuluan
Saban tahun bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
atau lebih dikenali sebagai ICT telah berkembang pesat dan secara tidak
lansungnya ia telah digunakan secara global dan revolusi dan juga memberi kesan
corak kehidupan masyarakat pada hari ini. ICT bukan lagi dilihat sebagai
kehendak sebaliknya merupakan keperluan pada masa kini. Selain itu, penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan pada masa kini
adalah amat penting. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan
dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek
pembelajaran (murid menggunakan ICT).
2.0 Latar Belakang
2.1Pengenalan Teknologi
Apabila seorang guru melayari internet untuk memperolehi
bahan pengajaran baru atau mempunyai
murid yang ingin membentukan persembahan mereka dengan menggunakan multimedia. Teknologi yang dipilih
sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan. Istilah teknologi
seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik
seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat,
perakam kaset audio, projector paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan
telefon bimbit. Teknologi bermaksud
produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan
negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.
Selain pandangan di atas, teknologi boleh membawa dua (2) maksud berbeza iaitu:
a)
Teknologi
sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan
lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal.
Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah dengan menggunakan teknik,
kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji (Finn, 1960).
b)
Teknologi
sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan
perisian hasil dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya komputer (perkakasan) dan bahan CD-ROM
(perisian) adalah hasil teknologi (Smaldinoet al., 2004).
Penjelasan
teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh
Saettler (1990) iaitu teknologi bukan hanya merujuk kepada penggunaan mesin
sahaja, bahkan turut meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Teknik
lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu, proses amat
diperlukan (Saettler, 1990). Proses pula perlu dilihat dalam konteks
menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses P&P.
2.1.1
Definisi Teknologi Dalam Pendidikan
Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran
dari tahun 1960an hingga kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan
Richey dan Jawatan Kuasa Association for Educational Technology (1994) dan
Reiser dan Dempsey (2002). Penjelasan
tiga domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi instruksional
meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan
penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.
a)
Domain
Reka Bentuk
Domain yang pertama dalam teknologi
instruksional adalah domain reka bentuk. Reka bentuk adalah proses untuk
menentukan komponen sistem instruksional, ciri-ciri dan keperluan untuk
pembelajaran. Dalam domain reka bentuk terdapat empat bidang utama iaitu:
i.
Reka bentuk sistem instruksional
ii.
Reka bentuk mesej
iii.
Strategi instruksional dan
iv.
Ciri-ciri pelajar
Reka bentuk sistem instruksional
merupakan satu tatacara yang teratur atau
sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahan instruksional, satu unit
pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar
dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar. Bidang
kedua iaitu reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk menentukan cara
dan format media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Bidang ketiga iaitu strategi
instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun
aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang
paling sesuai untuk mengukuhkan
proses pembelajaran. Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah menganlisis ciri-ciri pelajar seperti
menentukan kemahiran, pengetahuan, sikap
yang sedia ada yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran.
b)
Domain
Pengembangan
Domain yang kedua dalam teknologi
instruksional ialah domain pengembangan
atau pembinaan. Domain ini melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi
reka bentuk.untuk menghasil bahan instruksional. Bahan instruksional terdiri
dari bahan cetak, bahan pandang dengar, bahan berasaskan komputer dan bahan
multimedia.
c)
Domain
Penilaian
Domain ketiga dalam teknologi
instruksional ialah domain penilaian. Penilaian
adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran atau program pendidikan seperti penilaian pencapaian pelajar,
penilaian penggunaan media, penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan
pengajaran dan penilaian program atau projek media pendidikan. Dalam domain penilaian terdapat empat
kategori iaitu penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian kriteria,
penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Teknologi
pengajaran bukan sahaja memberi tumpuan kepada produk atau penggunaan alat
pandang dengar sahaja tetapi meliputi proses reka bentuk pengajaran dan bukan
pengajaran untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan prestasi
dalam tempat kerja, Reiser dan Dempsey (2002) telah mengemukakan definisi
berikut:
2.1.2
Teknologi Dalam Pendidikan (KPM)
Guru boleh
melihat rujukan definisi teknologi pendidikan dan teknologi instruksional dalam
jurnal-jurnal profesional. Wujud ketidakpastian kepada asal-usul definisi
teknologi pendidikan. Rujukan yang paling awal yang telah dikenalpasti telah
digunakan pada tahun 1948, iaitu rujukan terawal mengenai definisi teknologi
pendidikan (Saettler, 1990). Definisi
ini adalah sama dengan teknologi
instruksional dan boleh digunakan secara bergilir-gilir. Berikut adalah
definisi teknologi pendidikan yang menjelaskan maksud yang sama dengan teknologi instruksional yang ditakrifkan oleh Bahagian
Teknologi Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM):
“Teknologi
pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah
pencapaian P&P yang berkesan.”
Bidang ini
mencakupi kombinasi instruksional, pembelajaran, pengembangan, pengurusan dan
lain-lain teknologi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan.
Menurut Roblyer (2003), teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses dan
alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan
memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan
teknologi yang berkaitan. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus
pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan
berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu
sendiri.
Teknologi
pendidikan pula didefinisikan sebagai penggunaan prinsip-prinsip saintifik
untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran. Penekanan adalah kepada
pencapaian objektif pendidikan yang tepat dan ianya boleh diukur, pemusatan
kepada murid dan bukan kepada mata pelajaran.
2.2
Pengenalan Media
Sistem pendidikan
masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru
diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran
murid lebih bermakna (Jamalludin dan Zaidatun,2003). Multimedia merupakan salah satu daripada
kaedah baru yang mampu mencapai tujuan tersebut.
Menurut Jamalludin dan Zaidatun(2005), perkataan multimedia yang
digunakan sejak 1970-an membawa pengertian yang berbeza dengan takrifan
multimedia sekarang. Persembahan slaid yang diiringi kesan bunyi, persembahan
yang menggabungkan audio-visual menerusi televisyen, persembahan teater dengan
sokongan elemen video, penggunaan transparensi dengan sokongan grafik berwarna
warni misalnya dianggap sebagai satu persembahan multimedia. Ia selaras dengan
definisi multimedia ketika itu, iaitu penggunaan pelbagai jenis media iaitu
penggunaan lebih dari satu media dalam satu persembahan walalaupun media yang
digunakan terpisah atau terasing antara satu sama lain.
Pada pertengahan tahun 1980-an,
iaitu apabila teknologi komputer semakin maju dan mula mendominasi setiap aspek
kehidupan manusia, multimedia mula dikaitkan dengan persembahan menerusi
penggunaan komputer yang menggabungjalinkan lima media utama iaitu teks,
grafik, audio, imej dan animasi. Ia melibatkan penggunaan kombinasi mana-mana
dua atau lebih media yang telah dinyatakan. Kepelbagaian media di dalam satu
persembahan multimedia bukan lagi terasing tetapi kini diintegrasikan bersama
di dalam satu sistem menerusi teknologi komputer.
Definisi multimedia ialah penggunaan
komputer untuk mempersembahkan teks, grafik, imej, animasi dan bunyi dalam cara
yang diintegrasikan. Ia selaras dengan definisi yang diberikan oleh Multimedia
Development Corporation Sdn Bhd. Di
sekolah, multimedia memudahkan kita mencari maklumat dan mempelajari kemahiran
baru dengan cara yang menarik dan di sudut rekreasi pula, multimedia telah
mempelbagaikan permainan kanak-kanak. Permainan elektronik amat menyeronokkan.
Kita bukan sahaja boleh bermain sendirian atau dengan rakan setempat malah
melalui internet kita boleh bermain dengan kawan-kawan di seluruh dunia.
Perkembangan teknologi multimedia menjanjikan
potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat,
cara mentafsir dan menggunakan maklumat dan sebagainya. Kehadiran teknologi
multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat
di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan dapat dicapai
dengan lebih mudah dan pantas.
2.2.1
Multimedia Dalam Pendidikan
Di dalam dunia
teknologi maklumat masa kini, di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang
begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan
maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. Jika tidak, maklumat
ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan tidak memberi apa-apa manfaat
kepada kita. Kita yang berada di dalam dunia pendidikan ini perlulah melihat
kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam membentuk sistem yang dapat
membantu memberi pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar.
Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting
bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan
sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda
pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru
kepada mereka. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi
manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk
menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.
Dalam dunia pendidikan subjek
utamanya adalah guru dan pelajar. Adanya guru kerana adanya pelajar. Guru dan
pelajar sama-sama telibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
dan pembelajaran adalah suatu proses dua hala di mana guru mengajar atau
menyampaikan ilmu dan pelajar belajar iaitu menerima atau menimba ilmu.
Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi,
walaupun tidak dinafikan akan kejayaan yang telah diperolehi, namun ianya juga
membawa bersamanya pelbagai masalah dan kekangan. Komunikasi sehala banyak
berlaku di mana seseorang guru
berperanan sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk,
mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Penyediaan alat bantu
mengajar juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini boleh
mengurangkan minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.
Selain
itu, kehadiran komputer serta teknologi multimedia
di dalam bidang pendidikan juga mampu membantu meringankan beban dan kekangan
yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran tradisi.
2.2.2
Elemen-Eleman Multimedia
a)
Teks
Teks
adalah sejenis data yang paling mudah dan memerlukan storan yang sedikit jumlah ruang ingatan sahaja. Teks boleh
digunakan dalam pelbagai sub bidang untuk
memberi penjelasan kepada sesuatu perkara dalam bentuk bacaan. Keberkesannanya ialah untuk
memperkukuhkan media-media lain.
Menurut
Rockley, 1994; walaupun manusia mungkin mendapati media- media lain lebih berkesan untuk memahami sesuatu proses, ianya
mungkin sukar untuk memperolehi
langkah-langkah khusus untuk sesuatu proses tanpa penggunaan teks.
b)
Grafik
Grafik
boleh didefinasikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media
sama ada secara manual atau menggunakan teknologi
komputer. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer.
Grafik sebenarnya menggunakan media statik
dengan memperkembangkan keupayaan teks,
ilustrasi dan gambar foto. Penambahan
dimensi masa yang bergantung kepada
berapa lama masa diambil oleh pengguna
sebagai sebahagian daripada perolehan pengalaman maklumat yang diinginkan.
Menurut
Linstrom, 1994; Ilustrasi dan gambar berupaya ‘bercerita’, menarik perhatian dan mengambarkan
orang, tempat atau benda.
c)
Imej
Imej
adalah ruang persembahan bagi sesuatu objek, yang boleh ditayangkan dalam bentuk dua atau tiga dimensi
atau juga dalam bentuk-bentuk imej yang lain. Ia
boleh diwujudkan sama ada dalam bentuk maya atau nyata. Fail-fail dalam bentuk .jpg dan .gif digunakan untuk menyimpan
lukisan grafik dan imej-imej kerana
ia adalah pawai yang digunakan untuk pemampatan dan penyahmampatan imej berwarna dan tidak berwarna. Selain
itu, bentuk fail ini juga boleh menjimatkan
storan.
d)
Animasi
Animasi
merupakan paparan pantas imej-imej yang berjujukan dan dapat dilihat oleh mata kasar manusia dalam bentuk
pergerakan.
Menurut
Lindstrom, 1994; ianya membawa pengguna lebih hampir kepada bahan maklumat. Simulasi sesuatu
aktiviti atau illustrasi sesuatu konsep boleh digambarkan
melalui animasi-animasi. Animasi menawarkan pengguna mengawal keterperincian, tahap serta bilangan maklumat yang
diingini. Unsur- unsur
realisasi sebagaimana alam kehidupan sebenar boleh diperolehi melalui klip-klip video.
e)
Bunyi
Kesan
bunyi memainkan peranan penting dalam teknologi multimedia. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk
membolehkan komputer mengeluarkan suara
manusia. Antaranya ialah dengan menggunakan kad suara atau menggunakan pembesar suara bina
dalam yang telah sedia ada pada setiap komputer.
Format yang menyokong suara adalah .wav, .voc. , snd. .aud. dan sebagainya. Menyediakan amaran atau wujudnya
masalah dan biasanya sebagai maklumat
tambahan. Berfungsi sebagai pemberi amaran terhadap kesilapan atau kewujudan masalah. Menghasilkan mood kepada
pengguna melalui muzik. Kesan-kesan
bunyi juga dapat menarik perhatian dan menghapuskan perasaan janggal.
3.0 Penyata Masalah
Malaysia sangat mementingkan melahirkan insan yang
berjaya dari segi akademik melalui sistem pendidikan yang berkesan. Terdapat
segelintir guru menggunakan strategi pengajaran yang kekal sama dan berulangan
semasa proses P&P menyebabkan pelajar berasa bosan dan kurang minat untuk
belajar. Persoalannya mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah subjek yang diajar
itu merupakan satu subjek yang mencabar atau masalah guru tersebut. Guru perlu
mempelbagaikan strategi pengajaran untuk menarik minat pelajar terhadap subjek
tersebut dan memastikan bahawa pelajar dapat memahami isi kandungan matapelajaran.
Justerunya, tanggungjawab bagi guru adalah untuk memikirkan cara atau strategi
yang terbaik dengan berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha menyediakan
bahan bantu mengajar yang dapat membantu dan memudahkan proses P&P.
Seseorang guru perlu sedar bahawa
pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara atau strategi pengajaran yang berlainan
dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin,
1990). Oleh itu, pengetahuan guru dalam menggunakan bahan yang dipilih dan
penggunaan pelbagai teknik P&P, pemberian latihan yang
berperingkat-peringkat dan bermakna mengikut tahap kebolehan, pengalaman dan
minat pelajar perlu diambil kira semasa memilih bahan yang ingin digunakan.
4.0 Metodologi Kajian
Kajian yang dijalankan
merupakan satu kajian tinjauan melalui pemerhatian bertumpu di kawasan
sekolah-sekolah kebangsaan Kajang. Selain itu, maklumat kajian juga dikumpul
daripada beberapa orang guru sekolah melalui temubual.
5.0
Integrasi ICT
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P
bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan
menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti dihubungkait bersama kaedah
pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada
aktiviti P&P agar dapat menarik minat dan perhatian pelajar secara lebih
berkesan.
Integrasi
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih
luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001). Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum
adalah untuk membantu pelajar memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna,
mengurus dan memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai
kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang
kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada
kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun
begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini.
Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus
menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar
menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang
bertepatan dengan isi kandungan.
5.1
Mengapa perlu integrasi ICT?
Beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah
menunjukkan bahawa terdapatbeberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada
yang lebih selesa belajar secarakonkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada
yang dikategorikan sebagai ‘fielddependent’ berbanding dengan murid ‘field
independent’.(Abdul Rahim Saad, 2000).Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid
yang suka secara abstrak atau tergolong dalam‘field independent’ adalah mudah
tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atautergolong dalam ‘field
dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapakonsep, prinsip, peraturan
dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau
amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakankesemua panca
indera semasa proses pembelajaran berlaku.Dalam keadaan ini terdapat peranan
ICT dari segi meningkatkan mutu danmempelbagaikan penyampaian dan pengajaran
melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran
yang sedia ada. Bahan-bahanmultimedia interaktif dibangunkan dengan dengan
menggunakan bahan visual grafik,teks, muzik, video serta animasi yang membantu
mengukuhkan lagi kefahamanpelajar terhadap sesuatu konsep.
Penggunaan
internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru danjuga murid
untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan sertapenyelidikan.
Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portaltempatan atau
luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portalpendidikan dapat
memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatumata pelajaran
contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satueksperimen
sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang
kalimencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini
danmurid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang
diperbaharuilima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
Melalui
penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dansebagainya
guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan gurudan
pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar
negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan
komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaandan
negara masing-masing.
Rosenberg
(2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepadaguru
untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada
murid-murid.Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti
masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui
penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti
kemahiran pemprosesanperkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan
menggunakan alat-alatteknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan
melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.
6.0
Strategi mengintegrasi ICT dalam P&P
6.1
Peranan Pemimpin Sekolah
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan
penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru
sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat
penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu
memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna
ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan
budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan.
Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru
dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak
perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap
kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian
Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina
berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu
bapa dan komuniti, polisi Pejabat
Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan
pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd
Jasmy, 2002).
Bagi
melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus
menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi
aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian;
spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan
perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta
pembinaan peralatan secara berterusan. Program pembangunan sekolah harus selari
dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya
dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan
pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
Pemimpin
sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan
secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer
hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar
kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras
ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa
dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan
jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya
di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan
guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada
pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik
darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi
penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.
Perkembangan
dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah.
Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua
bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut
keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus
dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Oleh itu pengurus sekolah
hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap
penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk
memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk
menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar
untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan
pelan pembangunan sekolah.
6.2
Peranan guru
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran
behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap
sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Sementara teori
kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima,
diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan
maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell,
1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai
penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan
sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya
objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti
pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran
tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti
ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman
web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan
pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan
dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model
tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai
maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti
ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya dilaksanakan.
Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum
menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam
penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah
dibahagikan supaya memudahkan guru
membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi
latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk
pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan
pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih
produktif.
Selain
itu, teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh
individu. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau
menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981;
Brunner, 1990). Dengan kata lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran
kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan
pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori
pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan
proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran
digunakan untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk
memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan
boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme
dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan
mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada
internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini,
maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian
masalah.
Perhatian
yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran
penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang
diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses
pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana
pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote
learning). Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan
perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan
pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu
memastikan bahawa penggunaan ICT adalah
untuk membantu proses P&P seperti menganalisis maklumat dan bukannya
digunakan sebagai mesin taip elektronik.
Penggunaan
ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian
maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini
untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan
untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti
teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja
berpasukan di kalangan pelajar di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi.
Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci
untuk memastikan disiplin pelajar ketika menggunakan e-mail, chat room dan
sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru
dan kumpulan perbincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan
menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta
komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P
harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau
hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.
6.3
Sokongan Daripada Pihak Luar
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P
sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta,
kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber
Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat
khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik
perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai
strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah
harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi
mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam
menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
6.4
Pembelajaran Tutorial
Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajararan ekspositori dimana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang juga dikawal oleh sistem. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan samada yang disimpan dalam CD ROM, cakera keras atau laman web.
Menurut Ab.Halim & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010) terdapat 158 laman Web yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan para pelajar dan guru, namun tidak semua laman Web tersebut mengandungi unsur-unsur pengajaran yang sesuai dengan semua peringkat sekolah menengah dan peringkat tertiari. Diantara pelbaagi kemudahan lainnya adalah dengan menggunakan:
Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajararan ekspositori dimana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang juga dikawal oleh sistem. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan samada yang disimpan dalam CD ROM, cakera keras atau laman web.
Menurut Ab.Halim & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010) terdapat 158 laman Web yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan para pelajar dan guru, namun tidak semua laman Web tersebut mengandungi unsur-unsur pengajaran yang sesuai dengan semua peringkat sekolah menengah dan peringkat tertiari. Diantara pelbaagi kemudahan lainnya adalah dengan menggunakan:
1) E–mail (Mel Eletronik)
2) Internet Relay Chat (IRC)
3) Telnet
4) Kumpulan Diskusi dan Berita
5) File Transfer Protocal (FTP)
6) Googel
7) E-group
8) E-book
9) E-journal
10) Facebook
11) E-learning
12) Eksiklopedia bebas
6.5 Pembelajaran Penerokaan (exploratory)
Penggunaan ICT dalam pembelajaran penerokaan berlaku apabila
ICT digunakan sebagai medium untuk :
a). Mencari dan mengakses maklumat dari CD ROM,
internet, portal maklumat dll
b). Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena
secara simulasi
c). Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan
babaknya dikawal oleh murid
Pendekatan ini menyokong pendekatan konstruktivisme iaitu
teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian
masalah dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh,
di dalam kelas geografi, boleh merujuk kepada World Facts Books di laman web
Central Intellegince Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam
talian seperti Encarta.
6.6 ICT Sebagai Alat
Aplikasi
ICT sebagai alat aplikasi apabila membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran bukan sebagai mekanisme penyaluran
maklumat dalam P&P. Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum
seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau
penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Ini termasuklah
perisian aplikasi khusus seperti editor grafik dan Computer Aided Design (CAD)
yang membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
6.7 ICT Sebagai Alat
Komunikasi
ICT sebagai alat pemudah
komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru dari lokasi yang
berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk. Ia
boleh dilakukan melalui pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan
kombinasi pelbagai mod. Salah satu daripada model pengajaran terkini yang
mengambil peluang daripada ICT sebagai alat pemudah komunikasi ialah
pembelajaran kolaboratif.
Sebagai rumusannya, terdapat pelbagai bentuk pembelajaran
yang dapat diaplikasikan seorang guru dalam menyampaikan pembelajaran dengan
menggunakan alat ICT dalam bilik darjah agar P&P berlansung lebih menarik
dan menyeronokkan, manakala melalui laman Web pula bagi pendidikan Islam khasnya
juga sudah ditentukan 158 laman web yang secara resmi mempunyai akses lansung
untuk menambah bahan mengajar dan kemudahan lainnya.
7.0
Kesimpulan
Pada masa kini, dunia pendidikan amat mengharapkan
kehadiran atau kewujudan teknologi dan media pembelajaran yang bermutu dan
berkualiti tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Integrasi teknologi
dan media haruslah diperkembangkan kerana dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan. Integrasi teknologi dan media atau ICT
dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta
usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan
semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan
fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT
untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, penglibatan pemimpin sekolah dalam
membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan
staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus
dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan
masing-masing agar dapat menjayakan integrasi teknologi dan media dalam P&P.
8.0
BILIOGRAFI
Ahmad Wazir, M J & Rahim, S E. Pandangan dan
kesediaan bakal guru kemahiran hidup terhadap
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran kemahiran hidup, Latihan ilmiah,
Jabatan Pendidikan Kemahiran Hidup
Fakulti Teknikal Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Arif Ismail.
2006. Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan Pembelajaran. Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Mohd Arif Ismail. Model Pemilihan dan
penggunaan media serta bahan sumber ICT dalam Pembestarian pengajaran. Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangi.
Rosnaini Mahmud & Mohd Arif hj Ismail. 2010.
Impact of training and experience in using
ICT on in – service teacher basic teacher’s. Malaysian Journal Educational Technology. 10 ( 2 ) : 5-10.
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011.
Tahap penguasaan penggunaan ICT Dalam
pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 36 (
1 ) : 25 – 34.
Siti Fauziah Abd Aziz. 2007. Tahap penggunaan
teknologi maklumat sebagai pemudah Komunikasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan pensyarah Politeknik. Fakulti Pendidikan Teknik
dan Vokasional. UTHM.
Zah Mohamad.2000. Persepsi pelajar tingkatan satu di
Sekolah Bestari di Negeri Terengganu
Darul Iman terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.









